Wednesday, July 1, 2009

Ingkar Melayu

Dengan pelbagai isu yang menghantui perjalanan hidup sejak kebelakangan ini , saya terpanggil untuk menggunakan semula ruangan ini bagi melontarkan sedikit idea2 songsang yang selalu dilabelkan kerana tidak selari dengan idea2 lapuk. Apabila kita berpegang kepada pendapat yang tidak mengikut arus perdana, kita senang ditakrifkan sebagai tiada masa depan seperti insan yang sudah dihidangkan dengan propoganda keduniaan yang berkiblatkan material duniawi semata-semata.

Kita akan dianggap telah berjaya setelah kita mempunyai kedudukan dan pangkat. Doktor, Jurutera, Peguam, Akautan dan pelbagai jenama yang dilabelkan untuk pekerjaan seseorang. Sejak kecil, kita telah dijamukan dengan pekerjaan2 tersebut. Maka berlumba2lah kita belajar untuk menggapai bintang dilangit.Anak2 kecil dikerah kesekolah disebelah pagi,di waktu petang pula diheret kepusat2 tuisyen,malamnya pula terpaksa menyiapkan kerja2 sekolah yang bertimbum. Otak2 kita semua telah diprogramkan untuk terus berjaya dalam pelajaran,disumbat dengan kuih-kuih kehidupan, betapa pentingnya kita berjawatan tinggi dikemudian hari.Tanpa jawatan dan pekerjaan tetap, maka gelaplah dunia kita, hancurlah segala kebanggaan ibu bapa. Maka, sesiapa yang berjaya masuk ke sekolah asrama penuh, akan dianggap permata yang akan menyinar kemudian hari, sesiapa yang memasuki universiti menjadi harapan bangsa. Jika gagal dalam peperiksaan,maka tiada lagi jalan untuk mereka umpana tiada lagi esok bagimu.

Jika kita bernasib baik(ataupun otak kita memang pandai), kita akan lulus dengan cemerlang dari universiti,maka terpaksalah kita mengikut pemikiran tipikal melayu, berhempas-pulas mencari kerja (bagi yg pandai-pekerjaan dah sedia menanti)paling afdal, jika dapat kerja kerajaan, bertambah besarlah pengembangan2 lubang hidung mak ayah. Oh...mungkin saya terlalu keras atau terlalu bodoh,xnampakah saya betapa orang2 yang berjawatan ini mempunyai wang yang banyak, ketika mengalami tekanan boleh mendapat rawatan(atau bombastik sikit-terapi) dengan membeli barang2 berjenama luar negara, tidak sekadar cap ABC atau XYZ,dengan megah memandu BMW atau Merc, tidak kereta cabuk..atau berjalan kaki. Maka bertambah luar negara barang2 yang dimiliki, bertambah hebatlah statusnya dipandang. Mungkin saya buta kerana tidak nampak,hanya dengan menunggu bulan berkahir,sy menjadi kaya setiap bulan,jika mahu lebih kepuasan,hanya bersembang dipejabat(duit yg haram lebih manis dinikmati).Mungkin semua ini penangan Kapitalis yg berjaya menyebarkan doktrin propaganda yang hebat supaya kita memandang dunia dengan lebih mendalam.Menyamakan segala benda dengan benda lain yang dinilai mengikut keperluan dunia.

Kadangkala,saya menjadi sangat sesat dari ajaran Melayu,tidak mengikut landansan2 yang telah ditetapkan sejak zaman berzaman. Resepi untuk menghidupkan anak bini dan tidak menyuapkan mereka dengan pasir hanya dengan yakin kepada perkerjaan yg dikerjakan, bukan dengan rezki dan rahmat yang dikurniakan Allah. Jika pekerjaan yang tidak benama,maka secara mandatorinya pasirlah makanan ruji dan batu-batalah penyedap rasa.

Jika saya terlalu sesat dari ajaran MELAYU, izinkan lah saya berpegang bahawa setiap insan itu telah ditetapkan rezeki untuknya,seandainya cara saya sedikit berbeza,maka dengan sedikit perbezaan ini, janganlah meletakan kegagalan keatas saya secara mutlak. Mungkin periuk anda lebih besar,yang pasti kerak anda juga pasti lebih besar.Jika kerak itu dimasukan kedalam periuk sy, sudah pasti melimpah ruah.

3 comments:

juzLe said...

tukar ahh title entry ni...jd "ingkar melayu"...tp aku tahu mung sayang melayu n bangga jd anak melayu...

harzharun said...

xtau nak komen....

MON said...

ok dude...aku tukar...cadangan baguih..